Terma dan Syarat
Sila baca terma kami dengan teliti sebelum membuat tempahan.
NOTIS: TERMA & SYARAT PENTING UNTUK SESI FOTOGRAFI ANDA
Pelanggan yang dihormati,
Sebagai persediaan untuk sesi fotografi anda yang akan datang, kami ingin berkongsi beberapa terma dan syarat penting bagi memastikan sesi berjalan lancar dan pengalaman anda bersama kami lebih menyeronokkan.
1. Pengesahan Tempahan
• Tempahan anda akan disahkan setelah bayaran RM50 deposit diterima. Deposit tidak akan dikembalikan jika berlaku pembatalan sesi masa yang di booking. Anda akan menerima pengesahan melalui whatsapp
2. Polisi Penjadualan Semula
• Sekiranya anda perlu menukar tarikh atau masa, sila maklumkan melalui whatsapp sekurang kurangnya 4 hari sebelum waktu sesi yang ditetapkan pada hari tersebut.
• Setiap pelanggan dibenarkan untuk menjadualkan semula sekali sahaja iaitu 4 hari sebelum waktu sesi yang ditempah. Permintaan penjadualan semula seterusnya akan ada tambahan bayaran.
3. Polisi Pembatalan
• Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku pembatalan atau pertukaran masa dan tarikh.
4. Masa Ketibaan
• Kami mohon agar anda tiba sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal sebelum sesi fotografi bermula.
• Sila hadir tepat pada masanya untuk sesi anda. Ketibaan lewat mungkin mengakibatkan masa sesi dikurangkan tanpa bayaran balik.
• Kegagalan mematuhi masa yang ditetapkan boleh menyebabkan deposit tidak dikembalikan.
. Kami tidak menerima alasan apa pun yang menyebabkan kelewatan pihak anda ke studio termasuk jalan jem.
5. Pakaian dan Kasut
• Sila hadir dengan satu set pakaian lengkap untuk sesi fotografi anda.
• Sila bawa kasut yang bersih untuk sesi gambar. Kasut yang kotor atau basah tidak dibenarkan diguna untuk sesi gambar kerana akan membuat carpet kotor untuk sesi client lain yang nak bergambar.
6. Peraturan Studio
• Sila hormati ruang studio dan peralatan. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian pihak anda dan keluarga akan dikenakan bayaran sewajarnya.
7. Hak Fotografi
• Studio berhak menggunakan gambar dan video yang diambil semasa sesi untuk tujuan promosi di social media tiktok instagram facebook dan thread . Anda boleh buat tambahan bayaran RM100 untuk privacy jika ada perminataan untuk tidak pos di social media.
8. Liabiliti
• Studio tidak bertanggungjawab ke atas barang peribadi. Sila simpan barang berharga anda dengan selamat semasa sesi anda.
Terma dan syarat ini diwujudkan bagi memastikan setiap pelanggan menerima pengalaman dan perkhidmatan terbaik daripada kami. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami pada bila-bila masa.
Terima kasih kerana memilih Pov studio. Kami teruja untuk merakam momen-momen istimewa anda ✨